Friday, February 14, 2014

Ceritera....CHOCOLATE

My momma always said, "Life was like a box of chocolates. You never know what you're gonna get."- Forrest Gump

Assalamualaikum

tak dapat nak update blog ni setiap hari .tapi tetap akan update walaupun jarang .kali ni nak berkongsi tentang coklat .yer CHOCOLATE .siapa tak suka coklat ? angkat kaki ..please .hehehe ok .gurau .nak cerita pasal coklat ni aku memang hantu coklat .giler coklat .setiap kali dapat coklat dari siapa2 aku akan jadi orang yang dapat emas .mengadap coklat .mungkin sebab tu badan ni mengembang *aq tak percaya coklat menggemukkan*


mak aku adalah orang yang selalu prihatin dengan minat aku terhadap coklat .hahaha .setiap kali aku mencapai kejayaan dia bagi hadiah coklat Cadbury block besar tu .birthday aku pun setiap tahun dapat hadiah coklat .dan yang paling best bos mak aku setiap tahun mesti pergi Australia and bila balik Malaysia dia akan bawak ole-ole CHOCOLATE .mak aku tetap bagi kat aku tanpa berfikir panjang .


chocolate kegemaran aku ialah Dark Chocolate .family aku tak suka dark chocolate sebab pahit .tapi kalau tak pahit bukan tongkat ali namanya .eh salah2 .maksud aku cocoa tu sendiri memang pahit .so bila kita makan dark chocolate especially yang tulis 75% cocoa 80% cocoa baru la kita dapat rasa keunikan coklat tu .haa faham tak ? err .walaupun aku sangat suka Chocolate tapi aku tak minat coklat yang bercampur kacang atau buah2 kering tu .sebab bagi aku rasa tu dah hilang bila bercampur .lagipun aku tak minat makanan bercampur macam tu.


dah2 la tu cerita pasal minat aku terhadap coklat .aku sebenarnya nak berkongsi satu aktiviti yang aku buat bila aku bosan hari tu .sepatutnya aku kene study untuk mid term tapi disebabkan aku takde mood and apa yang aku baca tu tak masuk, aku decide buat benda lain .lepas tengok blog kegemaran aku, Blog Kak Ita, aku dapat idea nak cuba resepi yang dah dikongsi oleh kak ita .Puding Coklat Salju .resepi ni sebenarnya tak guna apa2 jenis gelatin atau agar2.

sejujurnya aku tak minat makan puding .tak tau kenapa .tapi disebabkan rasa ingin tahu and resepi ni sangat lah mudah, aku decide nak masuk dapur and cuba resepi ni .aku akan kongsi resepi kak ita and olahan aku .so here we go

PUDING COKLAT SALJU
By : Kak Fida
Rujukan : My Resepi
500 ml susu segar (aku guna susu coklat)
80g-100 g gula halus 
25 g mentega 
100 g choc masakan-dipotong kecil 
1 sudu besar serbuk koko ~ ita tambah
25 g tepung jagung dibancuh dengan sedikit susu

antara bahan yang aku guna

Susu, gula, mentega dan choc masakan dimasak hingga larut dan mendidih sambil sentiasa dikacau. 


masukkan semua bahan kecuali bancuhan tepung jagung

Kecilkan api dan masukkan bancuhan tepung jagung sambil adunan susu dikacau terus sehingga campuran puding menjadi licin. Matikan api.

pekat dan berkilat

Masukkan adunan kedalam mangkuk2 puding yg kecil yg sesuai utk disajikan utk tetamu.
Hias dgn choc. putih parut, choc. rice, kekacang cincang atau apa saja ikut selera.
Simpan di dlm peti sejuk.
Sedap disajikan sejuk.

Atau adunan boleh dibubuh ke dlm mangkuk2 kecil bertutup supaya mudah utk anak2 memakannya.
Adunan puding ini tak sesuai dibubuh di dlm loyang atau bekas yg besar kerana puding ini jenis yg lembut tak boleh dipotong, tapi kalau nk bubuh jugak dlm bekas besar masa menghidang, kenalah cedok dgn sendok)
klau menggunakan serbuk koko, lebihkan tepung jagung sedikit sebab adunan agak lembut drpd menggunakan choc potong tapi klau tak tambah tepung jagung pun tak apa asalkan adunan dibubuh di dalam mangkuk2 kecil

atas ni semua cara kak ita buat .tapi gamba tu gamba cara aku buat .apa yang aku sempat snap la *susah jugak nak snap step-by-step* aku tambah kan agar2 supaya puding ni pejal .untuk yang suka coklat sangat2 boleh cuba resepi ni. bye !




skill tulis blog aku ni teruk sangat .hmmm .lama dah tak blogging


Saturday, February 8, 2014

Ceritera...Piano

currently tuning into Autumn In My Heart's OST - Reason Piano Version


aku xtau nak cakap macam mane tapi dari aku kecik lagi aku memang suka sangat dengan piano .tapi tak pernah ada peluang untuk belajar piano .takpe laa . dapat dengar pun jadi laa . pe yang aku nak cakap sekarang tiap kali aku kenal someone yang tau main piano sure aku jeles tahap gaban ar kat die . sebab piano ni boleh bagi aku satu perasaan lain macam sket . aku rasa macam perasaan orang jatuh cinta kowt . lebih kurang camtu ar .



memang romantik dengar bunyi piano .ape yang pasti piano dari dulu sampai sekarang selalu bagi aku satu perasaan yang cukup indah . tak kira waktu sedih duka kecewa marah gembira suka . piano sentiasa boleh tenangkan aku . and i always wish i had one in my room . hahaha . mampu ? piano besar nak duk muat dalam bilik kecik ?




you have your own ability

"Don't ever let somebody tell you "You can't do something"
-The Pursuit of Happiness (2006)


The best quotes for you guys out there who don't have a guts to do something in your life. Living in this challenging world we have to believe and trust ourselves. Put a confidence in yourself to do something and don't you ever let anybody tell you that you can't do anything.



I believe everybody in this world deserve to make something for themselves. So don't let anybody stop you doing something for your own good.

Friday, January 31, 2014

Ceritera minat, sedekah, dan bisnes

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: ”Orang pintar ialah sesiapa yang memuliakan dirinya serta membuat persediaan untuk kehidupan selepas mati, sementara orang bodoh ialah sesiapa yang membiarkan dirinya mengikut hawa nafsu serta mengharapkan cita-citanya dikabulkan oleh Allah.” 
[Riwayat at-Tirmidzi]

Assalamualaikum.

siapa suka makan kek ? siapa suka buat kek ? siapa pandai buat kek ? siapa rajin buat kek ? siapa jual kek ? hehehe banyak tanya pulak kan .ok kali ni aku nak bercerita atau berkongsi minat aku dengan semua yang baca blog aku ni *dah ada orang baca blog aku?*


Ceritera MINAT

KEK .memang aku suka sangat makan kek lagi2 kalau dapat chocolate kek memang aku kejar-kejar sampai puas .hahahaha .aku tak tau dari mana muncul minat mem'baking' kek ni tapi setiap kali aku makan kek mesti aku cari resepi dan cuba untuk buat sendiri

kek yang aku buat waktu raya tahun..err..tak ingat .hahaha

tak sempat tangkap gamba dah potong dulu .hahaha .sorry2 .kali ni minat aku bertambah menjadi hobi bila hampir setiap minggu aku bake cake. dulu aku tau buat chocolate cake sahaja .tapi timbul kesedaran bila aku rasa bosan makan chocolate cake .aku cuba cabar diri untuk buat kek yang lebih susah. disebabkan ramai tergila2 kan kek baldu merah ataupu Red Velvet Cake aku pun usaha cari resepi yang paling sesuai. Alhamdulilah setiap cake yang aku buat menjadi dan boleh dikatakan sedap *bukan aku saje2 cakap tapi member2 semua puji* masuk bakul angkat sendiri ker ? eh ? hahahaha.


gamba ni je yang aku jumpa

Ceritera SEDEKAH

setakat minat sorang2 bosan la pulak kan ? rata-rata family aku semua suka dengan hasil kek yang aku buat .mak aku request cake waktu raya dan abah tukang menghebohkan pada saudara dan jiran2 *bangga sekejap* hehehe .

layer cake laa konon nya 

tiap kali aku bake cake adik2 aku lah yang paling excited .belum sempat bakar dah bertanya .setiap kali aku keluar kan tepung loyang telur susu dorang awal2 dah boleh agak aku nak buat cake and serta merta terkinja2 gembira *over laa tu*

dari keluarga beralih pada jiran-jiran .siap ada yang tanya resepi *padahal aku copy and paste je* .tapi yang sebenar-benarnya aku dah mula berkongsi dengan kawan-kawan waktu zaman diploma *tua dah ker* bila aku and kawan2 buat cupcakes siap bagi hadiah kat lecturer.

dengan dorang ni laa aku mula2 buat cupcakes

cupcakes ni aku bake tapi frosting design semua membe2 aku buat 

yang ni pun membe aku jugak yang design .dia nak bagi kat bf die kononnya la

tapi setelah bertahun-tahun *amboi lamanya* aku mula berkecimpung balik dalam seni perbuatan kek .hahaha .7hb January 2014 aku sekali lagi berkongsi minat tapi kali ni dengan kawan2 baru dan dari kolej yang baru .aku sediakan Red Velvet Cupcakes khas untuk kawan kelas sebab hari tu birthday dia .tanpa kiteorang sedar Red Velvet memang kek fevret die.


yang baju merah tu laa . azza nama nya .acah2 kawai je di ni .hahaha

Alhamdulillah sekali lagi aku dapat sambutan yang baik dari kawan-kawan aku yang cakap memang sedap sangat. bila dapat je positive feedback dari dorang hampir setiap minggu aku bake cake dan berkongsi dengan budak2 kat kelas *memang budak2 sebab aku lagi tua* dan yang paling eksited aku dengar dorang cakap "kak mel nak kek lagi !" oh yer memang dorang panggil aku Kak Mell sebab aku tua 4 tahun -.-

tak yah budget comel sangat mel

design tu tak jadi sebab aku tak sempat buat buttercream frosting .guna icing sugar je .last minute


Ceritera BISNES

dari positive feedback yang aku dapat Alhamdulillah ada seorang kawan kelas yang sudi tempah kek dengan aku. hahahaha .confident tak confident aku buat je .100% dari kek sampai design dia memang serah kat aku .dia cakap buat je apa2 asalkan siap .dia request cake 1 kilo .TAPI.... hahaha lepas aku buat aku tengok kek tu macam tak cukup tinggi sebab adunan sikit and loyang besar .so macam tak cantik la pulak .dari idea asal Red Velvet Cake aku buat Red Velvet Chocolate Cake .Red Velvet + Chocolate + Red Velvet .yummeh kan ? bila timbang..tu diaaaaa 1kg dah jadi 3kg .HAHAHA .tapi takpe laa aku tetap amik harga 1kg sebab tu yang dijanjikan.

guna buttercream frosting .ni pun last minute sebab rinie order sok nak .hahaha .kek 3kg

kali ni lepas aku fikir sejenak aku cadang nak tukar minat jadi bisnes .memandangkan aku tak bekerja *dah tua tak keje2 lagi* dan aku masih belajar .and ada lagi 3 tahun untuk aku survive .aku berfikir nak menjual kek dalam portion yang sedikit .ala2 snek untuk student bosan2 sambil buat revision tu .daripada makan junk food yang banyak processed food and MSG bagai kan .lebih baik makan kek *yer yer jer ko ni MELL* 

antara pilihan kek yang aku nak jual 

Red Velvet Cake
Japanese Chiffon Cheesecake
Chocolate Moist
Oreo Cheesecake

harap2 ada la yang nak beli .hikhikhik .takpe yang penting usaha dan tawakal .jangan berhenti berusaha .ok la cukup2 la ceritera aku dalam pos ni .yang ni pun aku rasa dah panjang sangat dah ni .nanti aku ber CERITERA lagi yer .Assalamualaikum

Thursday, January 30, 2014

Assalamualaikum

Assalamualaikum
pembuka bicara bagi merasmikan laman dunia baru. Mungkin ramai yang kenal atau tiada yang kenal *xyah perasan sangat*. Sebenarnya dnia blogging ni dah lama aku tinggalkan lepas aku habis diploma dulu. Tapi bila dah sambung belajar balik aku jadi bosan duduk rumah takde nak buat apa. So aku decide nak blogging balik supaya aku dapat mantapkan otak kanan aku *eh apa kena mengena*

Ceritera Cita-cita Dan Cinta
aku bercerita .sebahagian menjadi cita-cita. cinta bukan hanya pada manusia

Ok sebagai permulaan aku harap blog kali ni aku tak sia-sia kan. Sebab aku rasa banyak benda aku nak share dengan member2 aku dan ajnabi kat luar sana. Pengalaman aku blogging sebelum ni memang sangat seronok. dari seorang ajnabi jadi sahabat walaupun ramai yang aku belum jumpa. Tukar2 pendapat dan minat. Aku harap kali ni aku dapat lagi kawan baru.

nama sebagai pengenalan

Skill blogging aku mungkin sebanyak sedikit dah hilang dan lenyap. Tapi takpe aku akan develop sikit demi sedikit supaya sesiapa yang baca blog aku tak bosan. Untuk permulaan mungkin agak bosan dengan penampilan blog ni. Tapi aku akan cuba usaha dan cari balik skill blogging aku yang dulu.

Untuk first post cukup la sampai sini. Kejap lagi kalau ada idea aku tulis lagi ok :) Sekarang ni aku nak pergi buat rondaan melawat tapak *site-visit* nak tengok apa yang aku boleh ubah dan tukar .hehehe .Assalamualaikum