Friday, January 31, 2014

Ceritera minat, sedekah, dan bisnes

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: ”Orang pintar ialah sesiapa yang memuliakan dirinya serta membuat persediaan untuk kehidupan selepas mati, sementara orang bodoh ialah sesiapa yang membiarkan dirinya mengikut hawa nafsu serta mengharapkan cita-citanya dikabulkan oleh Allah.” 
[Riwayat at-Tirmidzi]

Assalamualaikum.

siapa suka makan kek ? siapa suka buat kek ? siapa pandai buat kek ? siapa rajin buat kek ? siapa jual kek ? hehehe banyak tanya pulak kan .ok kali ni aku nak bercerita atau berkongsi minat aku dengan semua yang baca blog aku ni *dah ada orang baca blog aku?*


Ceritera MINAT

KEK .memang aku suka sangat makan kek lagi2 kalau dapat chocolate kek memang aku kejar-kejar sampai puas .hahahaha .aku tak tau dari mana muncul minat mem'baking' kek ni tapi setiap kali aku makan kek mesti aku cari resepi dan cuba untuk buat sendiri

kek yang aku buat waktu raya tahun..err..tak ingat .hahaha

tak sempat tangkap gamba dah potong dulu .hahaha .sorry2 .kali ni minat aku bertambah menjadi hobi bila hampir setiap minggu aku bake cake. dulu aku tau buat chocolate cake sahaja .tapi timbul kesedaran bila aku rasa bosan makan chocolate cake .aku cuba cabar diri untuk buat kek yang lebih susah. disebabkan ramai tergila2 kan kek baldu merah ataupu Red Velvet Cake aku pun usaha cari resepi yang paling sesuai. Alhamdulilah setiap cake yang aku buat menjadi dan boleh dikatakan sedap *bukan aku saje2 cakap tapi member2 semua puji* masuk bakul angkat sendiri ker ? eh ? hahahaha.


gamba ni je yang aku jumpa

Ceritera SEDEKAH

setakat minat sorang2 bosan la pulak kan ? rata-rata family aku semua suka dengan hasil kek yang aku buat .mak aku request cake waktu raya dan abah tukang menghebohkan pada saudara dan jiran2 *bangga sekejap* hehehe .

layer cake laa konon nya 

tiap kali aku bake cake adik2 aku lah yang paling excited .belum sempat bakar dah bertanya .setiap kali aku keluar kan tepung loyang telur susu dorang awal2 dah boleh agak aku nak buat cake and serta merta terkinja2 gembira *over laa tu*

dari keluarga beralih pada jiran-jiran .siap ada yang tanya resepi *padahal aku copy and paste je* .tapi yang sebenar-benarnya aku dah mula berkongsi dengan kawan-kawan waktu zaman diploma *tua dah ker* bila aku and kawan2 buat cupcakes siap bagi hadiah kat lecturer.

dengan dorang ni laa aku mula2 buat cupcakes

cupcakes ni aku bake tapi frosting design semua membe2 aku buat 

yang ni pun membe aku jugak yang design .dia nak bagi kat bf die kononnya la

tapi setelah bertahun-tahun *amboi lamanya* aku mula berkecimpung balik dalam seni perbuatan kek .hahaha .7hb January 2014 aku sekali lagi berkongsi minat tapi kali ni dengan kawan2 baru dan dari kolej yang baru .aku sediakan Red Velvet Cupcakes khas untuk kawan kelas sebab hari tu birthday dia .tanpa kiteorang sedar Red Velvet memang kek fevret die.


yang baju merah tu laa . azza nama nya .acah2 kawai je di ni .hahaha

Alhamdulillah sekali lagi aku dapat sambutan yang baik dari kawan-kawan aku yang cakap memang sedap sangat. bila dapat je positive feedback dari dorang hampir setiap minggu aku bake cake dan berkongsi dengan budak2 kat kelas *memang budak2 sebab aku lagi tua* dan yang paling eksited aku dengar dorang cakap "kak mel nak kek lagi !" oh yer memang dorang panggil aku Kak Mell sebab aku tua 4 tahun -.-

tak yah budget comel sangat mel

design tu tak jadi sebab aku tak sempat buat buttercream frosting .guna icing sugar je .last minute


Ceritera BISNES

dari positive feedback yang aku dapat Alhamdulillah ada seorang kawan kelas yang sudi tempah kek dengan aku. hahahaha .confident tak confident aku buat je .100% dari kek sampai design dia memang serah kat aku .dia cakap buat je apa2 asalkan siap .dia request cake 1 kilo .TAPI.... hahaha lepas aku buat aku tengok kek tu macam tak cukup tinggi sebab adunan sikit and loyang besar .so macam tak cantik la pulak .dari idea asal Red Velvet Cake aku buat Red Velvet Chocolate Cake .Red Velvet + Chocolate + Red Velvet .yummeh kan ? bila timbang..tu diaaaaa 1kg dah jadi 3kg .HAHAHA .tapi takpe laa aku tetap amik harga 1kg sebab tu yang dijanjikan.

guna buttercream frosting .ni pun last minute sebab rinie order sok nak .hahaha .kek 3kg

kali ni lepas aku fikir sejenak aku cadang nak tukar minat jadi bisnes .memandangkan aku tak bekerja *dah tua tak keje2 lagi* dan aku masih belajar .and ada lagi 3 tahun untuk aku survive .aku berfikir nak menjual kek dalam portion yang sedikit .ala2 snek untuk student bosan2 sambil buat revision tu .daripada makan junk food yang banyak processed food and MSG bagai kan .lebih baik makan kek *yer yer jer ko ni MELL* 

antara pilihan kek yang aku nak jual 

Red Velvet Cake
Japanese Chiffon Cheesecake
Chocolate Moist
Oreo Cheesecake

harap2 ada la yang nak beli .hikhikhik .takpe yang penting usaha dan tawakal .jangan berhenti berusaha .ok la cukup2 la ceritera aku dalam pos ni .yang ni pun aku rasa dah panjang sangat dah ni .nanti aku ber CERITERA lagi yer .Assalamualaikum

No comments:

Post a Comment